Selasa, 6 Oktober 2009

LAPORAN PEPERIKSAN STPM GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA TAHUN 2008 OLEH MPM

Berikut di paparkan laporan peperiksaan STPM Geografi Alam Sekitar Manusia Tahun 2008 seperi mana yang dilaporkan oleh MPM untuk tatapan pelajar dan guru-guru mata pelajaran geografi sekelian:

Komen Am
Pada keseluruhannya, jawapan calon bagi kertas ini adalah sederhana. Calon berupaya menguasaiisi jawapan dan terdapat sebilangan calon yang memberi huraian dengan baik

Antara kesilapan dan kelemahan dalam jawapan calon adalah seperti berikut:

i. Calon menulis jawapan yang berulang-ulang bagi isi utama yang sama
ii. Calon memberikan isi utama yang tidak releven dengan kehendak soalan
iii. Calon hanya memberi fakta tanpa huraian dan contoh
iv. Calon gagal memahami maksud syarikat multinasional
v. Calon tidak memahami kehendak soalan dengan tepat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan