Khamis, 8 Oktober 2009

KAEDAH MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA [ STPM] (SOALAN KONSEP)

Kaedah yang tepat untuk menjawab soalan yang berbentuk "konsep". Terdapat tiga perkara yang perlu diberi penekanan oleh pelajar-pelajar STPM. Antaranya:
a) Menjelaskan DIFINISI konsep
b) Menyatakan ciri konsep
c) Memberi contoh

Contoh Soalan:
Apakah yang dinaksudkan dengan "pertumbuhan penduduk"

Contoh Jawapan:
Pertumbuhan merujuk kepada perubahan bilangan penduduk yang mendiami sesebuah kawasan atau perbezaan antara kadar kelahiran dengan kadar kematian (DIFINISI)

Pertumbuhan penduduk berlaku secara pesat, pelahan atau statik (CIRI)

Negara Malaysia mengalami pertumbuhan penduduk sebanyak 2.56%, Singapura sebanyak 0.5% (CONTOH)

*PERINGATAN
Untuk menjawab soalan "konsep" calon tidak boleh menjelaskan difinisi sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan