Selasa, 4 September 2012


Kepada Pelajar STPM 2012

Selamat menghadapi Peperiksaan STPM 2012 kepada pelajar yang dikasihi sekelian. Semoga pelajar-pelajar tenang menghadapinya serta dapat menjawab soalan peperiksaan dengan yakin. Bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Geografi, terdapat dua tarikh yang perlu diingati pelajar iaitu 5-8 Nov 2012  untuk  Sistem Pentaksiran Baharu dan 19 Nov 2012 untuk pelajar Sistem Terminal
Ada beberapa perkara penting yang perlu diingatkan kepada pelajar sekelian apabila menghadapi kedua-dua kertas tersebut:

i. Sebelum menjawab, perlu membaca semua soalan yang dikemukakan, kemudian barulah memilih soalan yang betul-betul dapat dijawab oleh pelajar. 

ii.Jawapan yang diberi perlu menggunakan konsep berikut: 
SOALAN KONSEP- Difinisi + Ciri + Contoh = Markah 
SOALAN ESEI - Fakta + Huraian + Contoh = Markah 

iii. Pastikan jumlah isi yang diberi melebihi isi yang diperlukan di dalam peruntukan markah yang diletakkan di hujung soalan. 

iv. Pastikan menjawab keempat-empat soalan berdasarkan arahan soalan. 

V. Bertawwalkal dan berdoalah agar pelajar-pelajar memperolehi kejayaan. 

"SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN"